Saturday 15 October 2011

skop buku

Berdasarkan kepada buku yang telah dipilih skop buku ini dibahagikan kepada 8 bab. Dalam bab 1 menceritakan mengenai hak asasi manusia dalam kategori hak-hak dalam sistem politik,contohnya hak kebebasan bersuara,kebebasan daripada dimasukkan dalam penjara tanpa sebab dan kebebasan pergerakan.Walau bagaimanapun ,beberapa pengkritk globalisasi cuba untuk mengekalkan bahawa hak asasi manusia termasuk hak untuk bekerja dan hak tidak diekplotasi.Manakala dalam bab 2 pula kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana takrif hak asasi manusia telah berkembang dan beberapa implikasi baru yang mempunyai perkaitan dengan proses globalisasi.

Tambahan lagi,dalam bab 3 pula mengutarakan hubungan antara ekonomi,pergantungan,globalisasi dan hak manusia.Dalam bab 4, menerangkan mengenai aspek kebebasan peribadi akibat daripada proses globalisasi.Bab 5 pula meneliti mengenai media global iaitu pengaruh daripada televisyen dan internet dan bab ini juga menerangkan mengenai kesimpulan tentang pengaruh globalisasi yang memberi kesan kepada hak asasi manusia.

Selain itu, bab 6 pula merungkaikan mengenai bagaimana peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dalam menangani cabaran globalisasi dan berjuang untuk hak asasi manusia dengan agen-agen perubahan oleh proses globalisasi.Bab 7 hanya memberi tumpuan kepada salah satu negara yang diambil sebagai contoh iaitu Amerika Syarikat yang terlibat dalam gerakan-gerakan ke arah proses globalisasi.Dalam bab terakhir pula menerangkan tentang beberapa ramalan-ramalan tentang masa depan manusia akibat daripada proses globalisasi.

                   

No comments:

Post a Comment