Saturday 15 October 2011

Sejarah Ringkas Mengenai Hak Asasi Manusia.

Terdapat pelbagai isu dalam pemantauan hak manusia antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan yang mentadbir mempunyai pengaruh moral yang kuat dalam menentukan hak asasi seseorang.Hasil daripada perhimpunan agung yang telah dianggotai oleh 1191 buah negara yang majoritinya antara mereka mempunyai pengaruh yang kuat.Sebagai contoh banyak negara-negara di Amerika yang menyokong antara satu sama lain sebagai satu kumpulan demi menapai hak asasi mereka.Hasilnya mereka sering mengundi bersama-sama untuk menjamin kedudukan mereka.Contohnya ialah satu keputusan kukuh iaitu negara Sudan mempunyai kedudukan mengenai hak asasi manusia bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu,negara-negara lain yang diwakili oleh 53 anggota yang berhidmat dalam suruhanjaya Hak Asasi Manusia termasuk China,Congo,Cuba,Mesir, Pakistan,Arab Saudi dan Zimbabwe yang mana kesemuanya adalah yang berkaitan dengan pencabulan utama hak asasi manusia.Seperti yang dijangka Suruhanjaya Hak Asasi manusia telah berada pada satu tahap yang terbaik.Dalam satu perbincangan diplomatik yang telah diutarakan semasa Perang Dingin antara Amerika diplomatik di Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Soviet telah membina pengaruh yang agak besar bagi membuat satu titik pertemuan dengan penetang-penentang semasa lawatan rasmi dan sentiasa membawa kepada hak asasi seseorang individu tersebut.


                                         Peluasan Hak Asasi Manusia (abad ke19 dan abad ke 20)
Mengikut pandangan LOCKE yang merupakan salah seorang penulis yang terkenal menyatakan bahawa dengan adanya pengisytiharan kemerdekaan dan rang undang-undang ini bagi melanjutkan hak asasi manusia.Berdasarkan kapada revolusi -revolusi pada tahun 1848 di Austria,Bonemia,Perancis,Jerman,Itali dan Empayar Hasburg yang tidak menjadi bebas sehingga perang dunia 1.Hal ini berdasarkan kepada tuntutan-tuntutan untuk hak asasi manusia.Hasil tulisan LOCKE dan Deklrasi Amerika kemerdekaan ini kemudiannya dilanjutkan Perlembagaan Amerika.Dalam banyak negara-negara di Eropah  dan Amerika Syarikat ada sesetengah pihak telah mempunyai hak mereka dalam mengundi.Terdapat juga sebilangan daripada mereka dikecualikan daripada mengundi hal ini kerana mereka tidak memiliki harta dan mereka menggunakan hak tersebut untuk meminta hak petisyen kerajaan untuk menghadiri demostrasi dan menggerakkan beribu-ribu orang lain sehingga hak untuk mengundi menjadi satu yang universal.

Dalam tulisan-tulisan lain LOCKE mula berkembang pada idea yang telah wujud secara semulajadi.Locke lebih memberi tumpuan kepada satu sistem pentadbiran terutamanya kepada golongan lelaki yang dianggap kuasa pentadbiaran boleh diletakkan di bawah pengaruh kaum lelaki demi meningkatkan dan mengekalkan lagi tahap globalisasi pada masa sekarang.Bagi Locke kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menjamin hak-hak semulajadi seseorang individu kerana individu tidak sekali-kali akan bersetuju dimana hak seseorang itu terhenti seara tiba-tiba tanpa mempunyai sebab musabab yang kukuh dan jelas.Oleh itu,semua individu berhak membentuk masyarakat dan masyarakat pula membantu membentuk kerajaan bagi membolehkan stiap individu menikmati hak-hak semulajadi mereka.

Pengaruh LOCKE juga dirasai dalam Rang Undang-Undamg Hak Asasi.Sebanyak 10 pindaan telah ditambah kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1791 yang menggabungkan hak-hak individu dan hak sosial seseorang.Individu mempunyai hak untuk mengamalkan agama dan menulis petisyen kepada kerajaan jika mereka mempunyai keraguan dan rungutan.Beberapa pindaan yang telah dibuat ini penting dalam mengekalkan sesebuah negara itu berkembang dan mengalami proses globalisasi yang lebih mantap dan tersusun demi melahirkan masyarakat yang lebih produktif


1 comment:

  1. nak baca komik jum lawat blog saya
    http://a128389globalisasi.blogspot.com/

    ReplyDelete