Saturday 15 October 2011

Sejarah Ringkas Mengenai Hak Asasi Manusia.

Terdapat pelbagai isu dalam pemantauan hak manusia antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan yang mentadbir mempunyai pengaruh moral yang kuat dalam menentukan hak asasi seseorang.Hasil daripada perhimpunan agung yang telah dianggotai oleh 1191 buah negara yang majoritinya antara mereka mempunyai pengaruh yang kuat.Sebagai contoh banyak negara-negara di Amerika yang menyokong antara satu sama lain sebagai satu kumpulan demi menapai hak asasi mereka.Hasilnya mereka sering mengundi bersama-sama untuk menjamin kedudukan mereka.Contohnya ialah satu keputusan kukuh iaitu negara Sudan mempunyai kedudukan mengenai hak asasi manusia bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu,negara-negara lain yang diwakili oleh 53 anggota yang berhidmat dalam suruhanjaya Hak Asasi Manusia termasuk China,Congo,Cuba,Mesir, Pakistan,Arab Saudi dan Zimbabwe yang mana kesemuanya adalah yang berkaitan dengan pencabulan utama hak asasi manusia.Seperti yang dijangka Suruhanjaya Hak Asasi manusia telah berada pada satu tahap yang terbaik.Dalam satu perbincangan diplomatik yang telah diutarakan semasa Perang Dingin antara Amerika diplomatik di Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Soviet telah membina pengaruh yang agak besar bagi membuat satu titik pertemuan dengan penetang-penentang semasa lawatan rasmi dan sentiasa membawa kepada hak asasi seseorang individu tersebut.


                                         Peluasan Hak Asasi Manusia (abad ke19 dan abad ke 20)
Mengikut pandangan LOCKE yang merupakan salah seorang penulis yang terkenal menyatakan bahawa dengan adanya pengisytiharan kemerdekaan dan rang undang-undang ini bagi melanjutkan hak asasi manusia.Berdasarkan kapada revolusi -revolusi pada tahun 1848 di Austria,Bonemia,Perancis,Jerman,Itali dan Empayar Hasburg yang tidak menjadi bebas sehingga perang dunia 1.Hal ini berdasarkan kepada tuntutan-tuntutan untuk hak asasi manusia.Hasil tulisan LOCKE dan Deklrasi Amerika kemerdekaan ini kemudiannya dilanjutkan Perlembagaan Amerika.Dalam banyak negara-negara di Eropah  dan Amerika Syarikat ada sesetengah pihak telah mempunyai hak mereka dalam mengundi.Terdapat juga sebilangan daripada mereka dikecualikan daripada mengundi hal ini kerana mereka tidak memiliki harta dan mereka menggunakan hak tersebut untuk meminta hak petisyen kerajaan untuk menghadiri demostrasi dan menggerakkan beribu-ribu orang lain sehingga hak untuk mengundi menjadi satu yang universal.

Dalam tulisan-tulisan lain LOCKE mula berkembang pada idea yang telah wujud secara semulajadi.Locke lebih memberi tumpuan kepada satu sistem pentadbiran terutamanya kepada golongan lelaki yang dianggap kuasa pentadbiaran boleh diletakkan di bawah pengaruh kaum lelaki demi meningkatkan dan mengekalkan lagi tahap globalisasi pada masa sekarang.Bagi Locke kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menjamin hak-hak semulajadi seseorang individu kerana individu tidak sekali-kali akan bersetuju dimana hak seseorang itu terhenti seara tiba-tiba tanpa mempunyai sebab musabab yang kukuh dan jelas.Oleh itu,semua individu berhak membentuk masyarakat dan masyarakat pula membantu membentuk kerajaan bagi membolehkan stiap individu menikmati hak-hak semulajadi mereka.

Pengaruh LOCKE juga dirasai dalam Rang Undang-Undamg Hak Asasi.Sebanyak 10 pindaan telah ditambah kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1791 yang menggabungkan hak-hak individu dan hak sosial seseorang.Individu mempunyai hak untuk mengamalkan agama dan menulis petisyen kepada kerajaan jika mereka mempunyai keraguan dan rungutan.Beberapa pindaan yang telah dibuat ini penting dalam mengekalkan sesebuah negara itu berkembang dan mengalami proses globalisasi yang lebih mantap dan tersusun demi melahirkan masyarakat yang lebih produktif


skop buku

Berdasarkan kepada buku yang telah dipilih skop buku ini dibahagikan kepada 8 bab. Dalam bab 1 menceritakan mengenai hak asasi manusia dalam kategori hak-hak dalam sistem politik,contohnya hak kebebasan bersuara,kebebasan daripada dimasukkan dalam penjara tanpa sebab dan kebebasan pergerakan.Walau bagaimanapun ,beberapa pengkritk globalisasi cuba untuk mengekalkan bahawa hak asasi manusia termasuk hak untuk bekerja dan hak tidak diekplotasi.Manakala dalam bab 2 pula kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana takrif hak asasi manusia telah berkembang dan beberapa implikasi baru yang mempunyai perkaitan dengan proses globalisasi.

Tambahan lagi,dalam bab 3 pula mengutarakan hubungan antara ekonomi,pergantungan,globalisasi dan hak manusia.Dalam bab 4, menerangkan mengenai aspek kebebasan peribadi akibat daripada proses globalisasi.Bab 5 pula meneliti mengenai media global iaitu pengaruh daripada televisyen dan internet dan bab ini juga menerangkan mengenai kesimpulan tentang pengaruh globalisasi yang memberi kesan kepada hak asasi manusia.

Selain itu, bab 6 pula merungkaikan mengenai bagaimana peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dalam menangani cabaran globalisasi dan berjuang untuk hak asasi manusia dengan agen-agen perubahan oleh proses globalisasi.Bab 7 hanya memberi tumpuan kepada salah satu negara yang diambil sebagai contoh iaitu Amerika Syarikat yang terlibat dalam gerakan-gerakan ke arah proses globalisasi.Dalam bab terakhir pula menerangkan tentang beberapa ramalan-ramalan tentang masa depan manusia akibat daripada proses globalisasi.

                   

Sunday 2 October 2011

apa itu globalisasi??

       Mengikut Bank Dunia, globalisasi dapat diringkaskan sebagai 1 edaran global bagi barangan,perhidmatan, modal,maklumat,idea dan juga manusia.Takrifan ini juga menunjukkan bahawa dunia telah menjadi semakin berkembang berdasarkan kepada idea yang telah dilontarkan oleh sesetengah penulis yang terkemuka, tetapi beberapa ahli geografi berpendapat bahawa melalui geografilah telah membawa kepada globalisasi pada masa sekarang.    

gLobalisasi dan hak manusia..

  PENDAHULUAN

Berdasarkan kepada penulisan saya kali ini ialah mengenai isu globalisasi. Salah satu buku yang menarik bagi saya untuk dikongsi di dalam blog saya pada kali ini ialah

                     .GLOBALIZATION AND HUMAN RIGHT( THE NEW GLOBAL SOCIETY)

         Buku ini diedit oleh Alma Kadragic.Buku ini mengupas 8 bab yang berbeza mengenai isu globalisasi dan hak manusia dalam merealisasikan proses globalisasi itu.Buku ini telah diterbitkan oleh Chelsea House Publication.

         Secara awalnya buku ini mengulas mengenai siri masyarakat  global yang digambarkan pada masa sekarang memberikan pemahaman kepada pembaca yang mempunyai kuasa globalisasi dan kesannya terhadap dunia kita.